Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    LC kutip bayaran lesen lebih RM600 ribu

    LABUAN, 23 Jan – Perbadanan Labuan (LC) telah mengutip bayaran lesen berjumlah RM645,557,00 daripada 13,960 pemohon yang memperbaharui lesen tahun ini.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhar Ahmad berkata bilangan pemohon berkurangan sedikit daripada 2,400 orang pada 2015, sebahagiannya disebabkan kelembapan dalam sektor minyak dan gas.

    “Seperti yang kita dapat lihat, ekonomi pulau itu masih berkembang di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi walaupun pada kadar perlahan,” katanya pada majlis penghargaan media di sini hari ini.

    Sementara itu, Azhar berkata jabatan penguatkuasa LC telah mengeluarkan 656 kompaun kepada pengguna atas pelbagai kesalahan dan berjaya mengutip kompaun berjumlah RM14,500 tahun lepas.

    “Sebanyak 140 kompaun belum diselesaikan dan kita akan memburu mereka yang belum menyelesaikannyua. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda