Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    LC, media bina kerjasama

    LABUAN, 20 DIS – Perbadanan Labuan (LC) akan terus mengukuhkan hubungan dengan pengamal media dalam meningkatkan kesedaran tentang hala tuju pembangunan sosioekonomi pulau bebas cukai itu.

    Ketua Pegawai Eksekutif, LC Rithuan Ismail berkata untuk lebih sedekad, hubungan badan itu dengan media kini semakin erat daripada penyebaran berita kepada khidmat masyarakat.

    “Memandangkan kedua-dua pihak berkongsi maklumat berintegriti ke arah kestabilan ekonomi, hala tuju kami untuk kemakmuran ekonomi dan pembangunan Labuan sangat saling berkait.

    “Wartawan adalah ejen perubahan… awda boleh mengubah cara pemikiran dan persepsi orang ramai dan anda boleh membantu mendidik orang ramai untuk menjadi anggota masyarakat yang baik menerusi berita berintegriti,” katanya ketika kunjungan Persatuan Penggiat Media Labuan di pejabatnya di sini hari ini.

    Beliau berkata LC akan terus menambah baik perkhidmatan penyampaiannya kepada orang awam dan wartawan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda