Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    LCB kukuhkan kerjasama dengan Netcom, Kristal Media

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) telah mengadakan majlis korporat pendatangan perjanjian dengan rakan baharu dan rakan media rasmi LCB, Netcom Computer House dan Kristal Media Sdn Bhd.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium LCB itu adalah sebagai sambutan dan komitmen untuk kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

    Sementara itu, penandatanganan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengetua LCB, S Sivarajah bagi pihak LCB manakala Kristal Media di wakili oleh Pengurus Besar Kristal Media, Jenny Malai Ali dan Netcom Computer House di wakili oleh Pengarah Urusan Netcom, Vincent Goh.

    Turut hadir bagi menyaksikan penandatanganan kerjasama itu, Pengarah Abdul Razak Holdings, Haji Suhaimi Besar, serta pensyarah dan kakitangan LCB.

    Terdahulu majlis penandatanganan itu, S Sivarajah dalam ucapannya antara lain telah menggariskan, kerjasama itu saling menguntungkan, kerana ia bukan sahaja memberikan pelajar dan kakitangan dengan alat canggih untuk perjalanan akademik mereka, tetapi juga meletakkan LCB di barisan hadapan institusi pendidikan yang menawarkan teknologi terkini.

    Timbalan Pengetua LCB bergambar bersama Vincent Goh. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Jenny Malai Ali sebagai wakil untuk Kristal Media Sdn Bhd bagi menandatangani perjanjian tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    Beliau turut mengumumkan perkongsian di mana LCB akan bekerjasama secara eksklusif dengan Kristal Media untuk pengiklanan dan usaha media pada masa hadapan.

    Katanya lagi, “Kerjasama itu sejajar dengan komitmen LCB untuk kekal di barisan hadapan dalam inovasi media, selain berhasrat untuk menggunakan kepakaran Kristal Media bagi berkomunikasi secara berkesan dengan penonton dan berkongsi pencapaian, acara dan tawaran pendidikan di LCB.

    “Perkongsian itu akan mengukuhkan lagi kewujudan LCB dalam landskap media, mempamerkan aspek unik kolej,” tambahnya.

    Kerjasama itu antara lain bertujuan bagi memanfaatkan kekuatan setiap rakan kongsi untuk meningkatkan dan menambah nilai kepada pelajar LCB dan ibu bapa. Netcom Computer House, Kristal Media dan LCB menyedari bahawa pendidikan merupakan aspek penting dalam masyarakat.

    Organisasi turut menyedari kepentingan mencapai Wawasan Brunei 2035 dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada masyarakat dan meningkatkan nilai pelajar selepas tamat pengajian.

    Perkongsian kerjasama itu menandakan satu langkah penting ke arah inovasi dan kerjasama dalam sektor pendidikan dan teknologi.

    Dengan kerjasama Netcom Computer House dan Kristal Media yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing akan dapat menghimpunkan pakar LCB sebagai sebuah institusi pendidikan terkemuka pada masa akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda