Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    LDP berdepan ketidakpastian majoriti dalam pilihan raya

    TOKYO, 17 OKT – Parti pemerintah Jepun mungkin menghadapi kesukaran untuk mengekalkan majoriti dalam pilihan raya Dewan Rakyat pada 27 Oktober susulan skandal dana gelap, manakala pembangkang utama dijangka memperoleh lebih banyak kerusi berbanding sebelum pembubaran dewan minggu lepas.

    Unjuran berdasarkan tinjauan telefon melibatkan 156,000 pengundi layak di seluruh negara dan maklumat yang dikumpul oleh tinjauan agensi berita Kyodo, yang dikeluarkan kelmarin, menunjukkan laluan sukar buat Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, walaupun selepas janjinya untuk memulihkan imej parti dan mengembalikan kepercayaan awam.

    Hampir 30 peratus responden dalam tinjauan itu berkata mereka belum membuat keputusan mengenai calon mana yang akan mereka undi di kawasan satu kerusi, menjadikan keputusan akhir undian itu tidak menentu.

    Sebelum Ishiba membubarkan dewan rendah yang mempunyai 465 kerusi itu, LDP menguasai 256 kerusi.

    Bersama rakan kongsinya dalam kerajaan campuran, Komeito, LDP menguasai 288 kerusi. Kerajaan campuran itu menyasarkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 233 kerusi bagi mengekalkan majoriti dalam pilihan raya akan datang.

    LDP kini mendahului kira-kira separuh daripada 289 kawasan satu kerusi, dengan calonnya bersaing sengit dengan pencabar di kawasan lain.

    Parti itu juga dijangka kehilangan kerusi dalam bahagian perwakilan berkadar, yang sebelum kempen pilihan raya bermula, ia menguasai 72 kerusi, menurut tinjauan yang dijalankan Selasa dan kelmarin. – Bernama

    Ishiba semasa menyampaikan ucapan di Iwaki, wilayah Fukushima, Jepun sebagai kempen rasmi untuk pilihan raya parlimen akhir bulan ini secara rasmi dimulakan pada 15 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda