Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    LDRT rai pencapaian atlet

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Kelab larian tempatan, Long-Distance Relay Tion (LDRT), yang ditubuhkan pada 2019 dan dikendalikan oleh jurulatih olahraga, Younes Ammouta, baru-baru ini menyambut ulang tahun keempat penubuhannya dengan majlis makan malam di Restoran Mangrove Paradise di Jalan Kota Batu.

    Acara itu juga bertepatan dengan majlis penyampaian anugerah bagi meraikan pencapaian para atlet.

    Penerima anugerah tersebut ialah Kasyful Asymawi bin Haji Khairul Arifin, Mohd Arif Danial bin Eddy Norisham, Nur Asyura binti Rosli, Soon Kai Li, Abdullah Abbas bin Abdullah, Nur Aliah binti Rosli, Muhammad Nurirfan bin Muhd A’rafah dan Siti Nur Hafizatul Shazana binti Hamirolnidzam.

    Atlet pelajar, Abdullah Abbas dan Muhammad Nurirfan masing-masing memenangi emas dan perak dalam acara 1,500 meter Lelaki Individu Bawah 16 tahun di Trek Akademi Sukan CAK dan Kejohanan Cabaran Padang di Trek MSN di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Jun lalu.

    Sementara itu, pingat perak turut disumbangkan oleh pelari tempatan, Nur Asyura dan Kasyful Asymawi, masing-masing dalam acara 1,500 meter Terbuka Wanita dan 1,500 meter Terbuka Lelaki.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah tetamu istimewa termasuk pemegang rekod jarak pertengahan dan jauh negara, Sefli Ahar dan Jimmy Ahar serta Muhammad Haziq bin Awang Safar, Muhd Ahdani bin Haji Yusli dan Mohd Hassby bin Mohd Sidek.

    Younes Ammouta (kiri) bergambar bersama salah seorang atlet yang diraikan, Abdullah Abbas baru-baru ini. – Gambar serahan LDRT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda