Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Le Normand terlepas aksi kelayakan Sepanyol akibat kecederaan lutut

    MADRID, 5 NOV – Pertahanan Atletico Madrid, Robin Le Normand mengalami kecederaan lutut yang serius, menurut kenyataan kelab La Liga itu hari ini.

    Pemain pertahanan tengah Sepanyol tersebut mengalami kecederaan ketika membantu pasukannya menang 3-1 ke atas Union Saint-Gilloise dalam saingan Liga Juara-Juara, kelmarin.

    Atletico tidak menyatakan tempoh sebenar pemulihan Le Normand, namun media Sepanyol melaporkan dia dijangka tidak dapat beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia bersama skuad kebangsaan.

    Sepanyol dijadual menentang Georgia pada 15 November dan Turkiye pada 18 November dalam usaha mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026.

    “Le Normand mengalami kecederaan tahap serius pada kapsul posterior lutut kirinya,” kata Atletico dalam satu kenyataan.

    Kelab itu turut mengesahkan kecederaan tersebut tidak melibatkan meniskus atau ligamen lutut.

    Pemain itu turut disahkan tidak dapat beraksi menentang Levante pada Sabtu dalam saingan La Liga sebelum rehat antarabangsa. – AFP

    Robin Le Normand yang cedera meninggalkan padang semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di Stadium Metropolitano di Madrid pada 4 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda