Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Dalam inisiatif untuk memperkasakan belia Brunei, Mavensdotlive telah memperkenalkan Leading Lights: One Spark at a Time, program penemuan kerjaya dinamik yang diiktiraf sebagai salah satu pemenang 100 Excellence Action di Beijing untuk Pembangunan Belia Global 2023.
Program itu bertujuan untuk memperkasakan minda belia muda, membimbing mereka ke
arah kerjaya yang mereka inginkan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pada bulan lalu, seramai 231 pelajar dari Pusat Tingkatan Enam (PTE) Sengkurong, Sekolah PGGMB Sungai Akar, dan PTE Belait telah
menyertainya.
Leading Lights melangkaui perbincangan kerjaya semata-mata, ia membawa masuk pakar dari industri pekerjaan tradisional dan bukan tradisional, memperkayakan pandangan pelajar tentang kerjaya dinamik dengan gambaran secara langsung tentang laluan kerjaya yang berpotensi.
Perkara menyeronokkan untuk para pelajar adalah mereka menyelami sesi permainan melarikan diri dan refleksi. Ia merupakan aktiviti pengalaman yang direka untuk melengkapkan mereka dengan pemahaman dan jangkaan yang mendalam tentang landskap kerjaya dinamik yang menanti mereka.
Pendekatan hands-on itu bukan sahaja memberikan kemahiran kerjaya yang penting seperti komunikasi dan kerja berpasukan, tetapi juga untuk memupuk kreativiti, menetapkan peringkat untuk pelan hala tuju masa depan yang bermatlamat dan
mengujakan.
Leading Lights: One Spark at a Time bukan sekadar program, ia adalah pemangkin kepada perubahan dalam cara belia Brunei mendekati perjalanan kerjaya mereka.



