Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Dalam menyambut kemenangan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan setelah berpuasa di bulan Ramadan, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam tidak ketinggalan menyambut Hari Raya bersama ahli komuniti Bangladesh, diplomat dan juga masyarakat India yang berlangsung di premisnya, kelmarin.
Hadir selaku tetamu khas di majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri. Turut hadir Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Norazlianah binti Haji Ibrahim serta beberapa diplomat asing di negara ini.
Kehadiran para tetamu ke majlis tersebut dialu-alukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.
Di majlis tersebut, PYT Nahida Rahman Shumona turut menyampaikan mesej daripada presiden dan perdana menteri Bangladesh.
Tetamu yang hadir disajikan dengan hidangan Hari Raya seperti sate dan beberapa juadah istimewa Hari Raya yang lain.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P5-Bangladesh2_04052022.jpg)