Lebaran eratkan persahabatan pelajar, pensyarah

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Pensyarah dan pelajar Institut KEMUDA tidak melepaskan kesempatan penghujung bulan Syawal untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampus Beribi, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengetua Institut KEMUDA, Awang Mohammed Khairy Yusrin bin Haji Abdul Salam yang sekali gus menyampaikan ucapan perasmian. Majlis yang turut dihadiri oleh alumni institut berkenaan telah dimeriahkan dengan persembahan karaoke daripada kakitangan dan pelajar, serta cabutan bertuah.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan beberapa permainan seperti cabaran try-not-to-laugh, pakaian terbaik dan permainan teka-teki. Dengan adanya sambutan sedemikian, ia diharap mampu mengeratkan lagi jalinan persahabatan yang bagaikan sebuah keluarga di antara kakitangan dan pelajar institut di samping mengisi masa-masa terluang dengan pelbagai kegiatan yang bermanfaat.

Perayaan tersebut turut disertakan dengan beberapa aktiviti seperti pakaian terbaik bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan.