Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Lebaran kumpulkan keluarga besar Ahmad

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Meskipun bulan Syawal telah sampai ke penghujungnya, kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa dengan majlis-majlis sambutan yang diadakan oleh keluarga-keluarga.

    Sebuah keluarga, yang menggelar diri mereka keluarga Ahmad, tidak ketinggalan mengambil kesempatan cuti awam hari ini untuk menganjurkan majlis sambutan yang berlangsung di Dewan Serba guna, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim itu dihadiri lebih daripada 20 orang ketua keluarga bersama ahli-ahli keluarga yang lain.

    Generasi keempat keluarga Ahmad, Haji Awang Abdul Hakim bin Haji Awang Mohd Yassin turut berkumpul pada majlis itu. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan Al-Quran oleh ahli keluarga, Haji Awang Ismail bin Mohamad. Majlis diikuti dengan bacaan tahlil dan Doa Selamat serta diselajurkan dengan meraikan empat orang ahli keluarga tertua yang masih hidup. Sambutan diteruskan dengan cabutan bertuah dan menikmati jamuan.

    Antara ahli keluarga berkenaan yang hadir pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri secara besar-besaran di Dewan Serba guna, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...