ARAFAH, 5 JUN – Lebih 1.5 juta jemaah haji yang terdiri dari warga asing berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini, menurut jurucakap kerajaan negara berkenaan hari ini.
Jurucakap Kementerian Haji, Ghassan Al-Nuwaimi menyarakan jumlah anggaran tersebut untuk warga asing pada haji tahun ini namun bilangan jemaah domestik tidak dinyatakan.
Tahun lalu, terdapat 1,611,310 jemaah haji dari luar negara.
Kelmarin, jemaah haji menuju ke padang Arafah dengan sebahagiannya berjalan kaki membawa bagasi di bawah suhu mencecah 40 darjah Celsius. Sebahagiannya turut mendukung warga tua.
Arab Saudi telah membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk kawalan orang ramai dan langkah-langkah keselamatan tetapi jumlah jemaah haji kekal menjadi cabaran.
Salah satu cabaran terbesar dalam ibadah haji dalam beberapa tahun kebelakangan ini ialah cauca panas.
Awal minggu ini, Menteri Kesihatan Fahad bin Abdulrahman Al-Jalajel memberitahu AP bahawa 10,000 pokok telah ditanam untuk memberikan lebih banyak kawasan teduhan selain meningkatan kapasiti katil hospital dan menambah bilangan paramedik sehingga meningkat tiga kali ganda. – AP


