Sunday, January 19, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1.8 juta jemaah haji direkodkan

    MEKAH, 28 JUN – Perhitungan Jabatan Perangkaan Am Arab Saudi menunjukkan jumlah jemaah haji bagi musim kali ini mencecah 1,845,045 jemaah, termasuk 184,130 jemaah domestik.

    “Daripada jumlah itu, seramai 1,660,915 merupakan jemaah antarabangsa yang tiba dari lebih 150 negara,” lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

    Jemaah antarabangsa dari negara-negara Asia dilaporkan paling ramai mewakili 63.5 peratus atau 1,056,317 jemaah diikuti negara-negara Arab (21% : 346,214), Afrika (13.4% : 221,863) dan Barat termasuk Eropah, Amerika dan Australia serta lain-lain negara yang tiada kategori (2.1% : 36,521). – Bernama

    Jemaah haji berjalan di kem khemah Mina semasa ziarah haji tahunan, berhampiran kota suci Mekah, Arab Saudi, Rabu, 28 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda