KUALA LUMPUR, 31 MEI – Seramai 1,052,145 individu telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi catatan di Twitternya, beliau berkata seramai 1,860,864 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam ialah 2,913,009 dos.
Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan. – Bernama