Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1 juta like untuk foto tangan anak damit Son Ye Jin dan Hyun Bin

    Tindakan pelakon Son Ye Jin berkongsi foto tangan anak damit lelakinya di Instagram miliknya mendapat 1.5 juta tanda suka dengan 20,000 komen peminat.

    Biarpun masih belum mendedahkan wajahnya namun sudah cukup buat peminat teruja dengan perkongsian pelakon drama Crash Landing On You itu.

    “Lihat tangannya saja sudah comel… rasa nak gigit.

    “Walaupun hanya foto tangan yang dikongsi, sudah memberi gambaran anak damit ini sangat comel.

    “Terima kasih kerana berkongsi dengan kami… anda buat hati kami begitu teruja,” tulis peminat.

    Pada 27 November tahun lalu, Son Ye Jin selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas lapan bulan mendirikan rumah tangga, dedah mStar.

    Menurut kenyataan pihak agensi pengurusannya, pelakon berusia 40 tahun itu sepatutnya bersalin pada awal Disember namun anaknya terpaksa dilahirkan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

    Untuk rekod, Son Ye Jin mendirikan rumah tangga bersama aktor Hyun Bin pada 31 Mac tahun lalu di sebuah majlis tertutup berikutan penularan COVID. – mStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda