Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1 juta vaksin polio akan dihantar ke Gaza

    GENEVA, 8 OGOS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kelmarin ia akan menghantar lebih daripada satu juta vaksin polio ke Gaza yang dilanda perang selepas virus itu dikesan di dalam air sisa wilayah Palestin.

    Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pekerja kesihatan memerlukan pergerakan bebas di dalam Gaza untuk mengedarkan vaksin, mengatakan bahawa gencatan senjata, atau sekurang-kurangnya beberapa ‘hari yang tenang’, adalah penting untuk melindungi kanak-kanak Gaza dengan vaksinasi rutin.

    “WHO menghantar lebih daripada satu juta vaksin polio yang akan diberikan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya pada sidang media.

    “Pengesanan polio dalam air sisa di Gaza adalah petanda bahawa virus itu telah beredar dalam masyarakat, membahayakan kanak-kanak yang belum divaksin.”

    Tiada kes klinikal telah dikesan.

    Andrea King, daripada pasukan kluster kesihatan global WHO, berkata kempen vaksinasi akan menjadi ‘cabaran logistik yang besar’.

    “Ia melibatkan vaksin serta bekalan rantaian sejuk yang diperlukan untuk memasuki Gaza serta perancangan mikro dalam Gaza,” katanya pada sidang akhbar. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda