Friday, December 27, 2024
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1 tan methamphetamine dirampas

    BANGKOK, 30 MEI – Pegawai penguat kuasa undang-undang Thailand kelmarin berkata mereka berjaya merampas lebih satu tan methamphetamine di wilayah selatan pada minggu lalu dan mereka percaya dadah tersebut akan dihantar ke Australia.

    Pegawai polis dan Lembaga Kawalan Narkotik mengumumkan bahawa 1.2 metrik tan dadah, yang juga dikenali sebagai ‘ice’, besar kemungkinan datang dari sempadan wilayah utara Thailand, yang merupakan sebahagian daripada Segi Tiga Emas yang bersempadan dengan Myanmar, Laos dan Thailand.

    Myanmar adalah pengeluar terbesar methamphetamine, yang sejak beberapa dekad lalu menjadi dominan dadah haram di Asia Tenggara bagi penjualan domestik dan eksport, memintas candu dan heroin.

    Ketidakstabilan politik sejak beberapa dekad telah menjadikan wilayah sempadan Myanmar sebahagian besarnya tidak dikawal dan dieksploit oleh pembuat dan pengedar dadah.

    Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Dadah dan Jenayah memberi amaran dalam laporannya Mei tahun lalu bahawa penghasilan dan pengedaran dadah sintetik seperti methamphetamine adalah berleluasa di rantau itu. – AP

    Pegawai polis berdiri di belakang dadah methamphetamine yang dirampas semasa sidang media di Bangkok. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda