PARIS, 13 FEB – Lebih 10 orang cedera selepas sebutir bom tangan meletup di sebuah bar di bandar Grenoble, tenggara Perancis kelmarin, lapor Xinhua memetik akhbar harian Perancis Le Figaro.
Letupan berlaku sekitar 8 malam waktu tempatan, manakala dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, menurut sumber polis.
Datuk Bandar Grenoble, Eric Piolle mengecam ‘tindakan jenayah yang tidak pernah berlaku sebelum ini’ dalam satu hantaran di platform media sosial X.
Siasatan awal pihak polis menolak kemungkinan insiden dikaitkan dengan serangan pengganas, menurut laporan itu. – Bernama
