Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 10 juta daftar aplikasi Threads

    WASHINGTON, 6 JULAI – Lebih 10 juta orang telah mendaftar aplikasi Threads, saingan Meta kepada Twitter, dalam beberapa jam pertama pelancarannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Facebook, Mark Zuckerberg hari ini.

    Threads adalah pencabar terbesar kepada Twitter milik Elon Musk, yang telah menyaksikan beberapa siri pesaing berpotensi muncul tetapi belum lagi menggantikan salah satu syarikat media sosial paling ikonik, walaupun menghadapi pergelutan sukar.

    Aplikasi itu disiarkan secara langsung di app store Apple dan Android di 100 negara pada 2300 GMT semalam, dan akan disiarkan tanpa iklan buat masa ini.

    “Sebanyak 10 juta pendaftaran dalam tujuh jam,” tulis Zuckerberg di akaun Threads rasminya hari ini.

    Akaun itu telah pun aktif untuk selebriti seperti Jennifer Lopez, Shakira dan Hugh Jackman, serta saluran media termasuk The Washington Post dan The Economist.

    Threads diperkenalkan sebagai produk sampingan Instagram, yang menawarkan ruang tertutup terdiri daripada lebih dua bilion pengguna, sekali gus mengelak platform baharu itu daripada cabaran untuk bersaing dari awal.

    “Dasarnya amat mudah: jika pengguna Instagram dengan bilangan pengikut yang ramai seperti Kardashian atau Bieber atau Messi mula membuat hantaran di Threads dengan kerap, platform baharu itu boleh berkembang pesat,” kata penganalisis kewangan strategik Brian Wieser di Substack. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda