Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 ahli akademik dibunuh

    SEMENANJUNG GAZA, 17 MEI – Pihak berkuasa Gaza kelmarin mengeluarkan senarai yang mengandungi lebih 100 ahli akademik dan penyelidik yang dikatakan telah dibunuh oleh tentera Israel sejak tercetusnya perang lebih tujuh bulan lalu.

    “Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan saintis, ahli akademik, profesor universiti dan penyelidik oleh pihak penjajah yang merupakan kumpulan terkemuka dalam masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza,” kata pejabat media kerajaan Hamas dalam satu kenyataan.

    “Ini menghantar mesej yang jelas bahawa mereka berhasrat untuk menghapuskan sepenuhnya saintis dan penyelidik dalam sektor pendidikan,” tambahnya.

    Antara mangsa yang tersenarai dalam 104 nama itu adalah Sufyan Tayeh yang merupakan presiden Universiti Islam dan seorang penyelidik terkemuka dalam bidang fizik dan matematik gunaan.

    Pakar bedah terkemuka dan profesor perubatan, Adnan al-Barsh turut disenaraikan.

    Menurut Kelab Banduan Palestin, Barsh, 50, meninggal dunia dalam tahanan Israel pada 19 April selepas ditahan bersama doktor-doktor lain di Hospital Al-Awda di utara Gaza Disember lalu. – AP

    Pakar perubatan Palestin memindahkan seorang pemuda yang cedera selepas pengeboman Israel di Semenanjung Gaza dengan ambulans ke Hospital di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 4 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda