SEMENANJUNG GAZA, 17 MEI – Pihak berkuasa Gaza kelmarin mengeluarkan senarai yang mengandungi lebih 100 ahli akademik dan penyelidik yang dikatakan telah dibunuh oleh tentera Israel sejak tercetusnya perang lebih tujuh bulan lalu. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan saintis, ahli akademik, profesor universiti dan penyelidik oleh pihak penjajah yang merupakan kumpulan terkemuka dalam masyarakat Palestin di