Saturday, February 22, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 berpindah akibat kebakaran hotel

    LONDON, 16 FEB – Lebih 100 orang Jumaat lalu terpaksa berpindah dari sebuah hotel mewah di London, tempat tinggal selebriti kegemaran yang sebelumnya pernah menjadi balai bomba, apabila kebakaran berlaku semasa Hari Valentine, kata anggota bomba.

    Pasukan Bomba London berkata pada X mereka telah mengerahkan kira-kira 20 jentera bomba dan sekitar 125 anggota bomba ke tempat kejadian kebakaran hotel di Marylebone selepas ia pertama kali beraku petang Jumaat lepas..

    Seorang pegawai akhbar bomba berkata kepada AFP di tempat kejadian bahawa mereka telah mengawal keadaan dengan baik, manakala pemilik Hotel Chiltern Firehouse, Andre Balazs, berkata api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang kecederaan, menurut Persatuan Akhbar.

    Kebakaran bermula di saluran hotel lima bintang itu tetapi puncanya masih belum diketahui setakat ini, kata bomba.

    “Terdapat kebakaran di saluran paip yang menghala dari tingkat bawah ke bumbung hotel empat tingkat dengan restoran di tingkat bawah,” kata bomba.

    Hotel Chiltern Firehouse, yang bermula sejak 1889 merupakan salah satu balai bomba yang pertama dibina khas di London, kemudian diubah suai dan dipulihkan oleh ahli perniagaan Amerika dan pengusaha hotel Balazs. Ia popular dengan A-listers dan merupakan tempat untuk pesta ulang tahun bintang pop, Kylie Minogue, yang ke-50 pada 2018.

    Balazs berkata hotel itu akan ditutup sehingga notis selanjutnya diumumkan. – AFP

    Anggota bomba semasa berada di Chiltern Firehouse di tengah London selepas kejadian kebakaran berlaku pada 15 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda