Monday, March 24, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 busana fesyen, tradisional dipamerkan

    CHINA – Satu pameran yang menampilkan seni pakaian tradisional Cina telah diadakan di Prince Kung’s Mansion Museum di Beijing, baru-baru ini.

    Pameran itu merupakan projek Pembiayaan Komunikasi dan Promosi Dana Seni Nasional 2020 yang dijalankan oleh Institut Teknologi Fesyen Beijing.

    Dengan tema seni pakaian etnik tradisional, ia memaparkan lebih 100 busana etnik tradisional dan fesyen yang direka secara inovatif oleh pereka moden berdasarkan elemen pakaian tradisional etnik.

    Pameran ini dibahagikan kepada dua bahagian, statik dan dinamik, dengan yang pertama memaparkan kepelbagaian ritual Cina, penghormatan orang ramai terhadap budaya, kemahiran ketukangan, kemewahan material, dan keindahan fesyen.

    Manakala pameran bahagian dinamik terutamanya memaparkan pakaian bergaya dengan reka bentuk inovatif unsur-unsur tradisional Cina, supaya budaya tradisional benar-benar dapat disepadukan ke dalam kehidupan moden dan memperoleh daya hidup dalam reka bentuk fesyen. – ANN/The China Daily

    Salah seorang model memperagakan pakaian tradisional Cina semasa acara tersebut. – ANN/The China Daily
    Pameran memaparkan lebih 100 busana etnik tradisional dan fesyen yang direka secara inovatif oleh pereka moden berdasarkan elemen pakaian tradisional etnik. – ANN/The China Daily
    Kelihatan seorang model mempersiapkan diri sebelum tampil memperagakan kepada orang ramai. – ANN/The China Daily

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda