CHINA – Satu pameran yang menampilkan seni pakaian tradisional Cina telah diadakan di Prince Kung’s Mansion Museum di Beijing, baru-baru ini.
Pameran itu merupakan projek Pembiayaan Komunikasi dan Promosi Dana Seni Nasional 2020 yang dijalankan oleh Institut Teknologi Fesyen Beijing.
Dengan tema seni pakaian etnik tradisional, ia memaparkan lebih 100 busana etnik tradisional dan fesyen yang direka secara inovatif oleh pereka moden berdasarkan elemen pakaian tradisional etnik.
Pameran ini dibahagikan kepada dua bahagian, statik dan dinamik, dengan yang pertama memaparkan kepelbagaian ritual Cina, penghormatan orang ramai terhadap budaya, kemahiran ketukangan, kemewahan material, dan keindahan fesyen.
Manakala pameran bahagian dinamik terutamanya memaparkan pakaian bergaya dengan reka bentuk inovatif unsur-unsur tradisional Cina, supaya budaya tradisional benar-benar dapat disepadukan ke dalam kehidupan moden dan memperoleh daya hidup dalam reka bentuk fesyen. – ANN/The China Daily