Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 cedera dalam protes antikerajaan

    DHAKA, 30 JULAI – Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) semalam mendakwa polis menahan dan mencederakan lebih 100 penyokong parti itu, lapor Anadolu.

    Sebuah kenderaan polis dan tiga bas awam dibakar dan beberapa kereta persendirian telah dirosakkan semasa protes. Parti pembangkang dan pemerintah saling menuduh atas insiden itu.

    BNP sedang menjalankan gerakan untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya yang adil secepat mungkin, manakala parti Liga Awami (AL) mahu pilihan raya diadakan pada Disember atau awal Januari.

    Sementara itu, video yang tular di media dan televisyen tempatan menunjukkan polis mengunakan belantan serta menahan ahli jawatankuasa tetap BNP, Gayeshwar Chandra Roy di Dhaka.

    Bagaimanapun, beliau kemudian dibebaskan.

    Polis Metropolitan Dhaka (DMP) berkata pihaknya menahan 90 orang kerana merosakkan harta benda awam dan memulakan serangan ke atas polis. – Bernama

    Aktivis Parti Nasionalis Bangladesh membakar sebuah bas ketika mereka menyekat lebuh raya di Dhaka pada 29 Julai menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Sheikh Hasina. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda