Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 kes kanser payudara dikesan setiap tahun

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Kanser payudara merupakan kanser yang paling utama dalam kalangan wanita di Negara Brunei Darussalam di mana lebih dari 100 kes baru dikesan setiap tahun.

    Dari 2002 hingga 2022, jumlah kes payudara yang dicatatkan adalah sebanyak 1,814 kes dan pada 2022 sahaja, seramai kira-kira 148 wanita di Negara Brunei Darussalam telah disahkan menghidap penyakit kanser payudara dan sebanyak 35 kematian akibat kanser itu telah dicatatkan pada tahun yang sama.

    Perangkaan itu dikongsi oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam perutusannya sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2023.

    Terdahulu dalam perutusannya, beliau menyatakan kanser payudara ialah kanser yang paling kerap didiagnosis dan penyebab utama kematian kanser pada wanita di seluruh dunia.

    “Menurut data yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan sejumlah 2.3 juta kes kanser payudara baru, 1 dalam 4 kes kanser baru, dan 685,000 kematian akibat kanser payudara, 1 dalam 6 kematian, dicatatkan pada tahun 2020.”

    Yang Berhormat Dato menerangkan faktor risiko menghidap kanser payudara adalah mempunyai keluarga terdekat atau sejarah keturunan menghidap kanser payudara.

    Manakala, faktor risiko lain pula termasuk faktor yang tidak boleh dikawal seperti peningkatan usia, jantina wanita, mempunyai sejarah lalu kanser payudara dan awal datang haid.

    Beliau menyatakan di antara faktor risiko yang boleh dikawal pula adalah seperti mempunyai berat badan berlebihan, tidak melakukan kegiatan fizikal, merokok dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam perutusannya mengongsikan bahawa kanser payudara ialah kanser yang paling kerap didiagnosis dan penyebab utama kematian kanser pada wanita di seluruh dunia. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda