Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lebih 100 orang meninggal akibat kolera dan denggi

    WAD MADANI, 29 OKT – Wabak kolera dan demam denggi di Sudan yang dilanda peperangan telah menyebabkan lebih daripada 100 orang meninggal dunia sejak bulan Ogos, kata kementerian kesihatan kelmarin.

    Sebanyak 1,049 kes kolera, 73 daripadanya berakhir dengan kematian, telah direkodkan di Khartoum, negeri Al-Jazira di selatan dan negeri Gedaref di barat, kata kementerian.

    Khartoum telah menjadi pusat konflik utama dalam pertempuran antara jeneral-jeneral yang berperang yang telah menggemparkan negara Sudan sejak bulan April.

    Ratusan ribu penduduk Khartoum telah melarikan diri ke kawasan yang lebih aman di Gedaref dan Al-Jazira, yang menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurang.

    Sembilan negeri Sudan telah mencatat kes-kes denggi yang disebarkan oleh nyamuk, dengan 49 kematian daripada jumlah kes sebanyak 3,316, kata kementerian.

    Negeri Gedaref, yang bersempadan dengan Ethiopia, melaporkan sebanyak 2,152 kes dan 33 kematian.

    Sebelum konflik bermula pada bulan April, sistem penjagaan kesihatan Sudan telah menghadapi cabaran dalam mengendalikan wabak penyakit yang biasanya berlaku semasa musim hujan yang bermula pada bulan Jun. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...