Thursday, November 21, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 pelari sertai Larian Keluarga Big Kem

    BELAIT, 12 NOV – Lebih 110 pelari dari seluruh negara menyertai acara Larian Keluarga Big Kem yang diadakan, kelmarin, bermula di Kompleks Sukan Mumong, Kuala Belait.

    Acara tersebut dianjurkan oleh Projek Big Kem bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat, mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan semangat kemasyarakatan melalui acara larian yang menarik dan inklusif untuk semua peringkat umur.

    Hadir selaku tetamu kehormat acara ialah Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Haji Mohd Mariswanddy bin Haji Omar.

    Acara itu telah dibahagikan kepada tiga kategori, termasuk larian 10 kilometer (km) dan larian 5km yang memberikan pelbagai cabaran kepada para peserta yang menyertai acara tersebut.

    Selain itu, acara fun run sejauh 2km turut diadakan sebagai sebahagian daripada projek itu.

    Di akhir acara, tetamu kehormat turut menyampaikan hadiah dan pingat untuk tiga pelari terbaik bagi kategori 5km dan 10km.

    Haji Mohd Mariswanddy bergambar ramai dengan para pelari semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda