Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 pelarian diselamatkan

    TRIPOLI, Libya, 30 Jan – Sebanyak 120 pelarian yang tidak mempunyai dokumen diselamatkan di luar pantai Libya lewat Isnin, lapor agensi berita Turki Anadolu.

    Ketua Angkatan dan Pengawal Laut Libya, Al-Hadi Mohamed Sabratha berkata, pelarian yang diselamatkan itu dari Afrika termasuk wanita dan kanak-kanak.

    Mohamed berkata, operasi menyelamat dilakukan di luar pantai Garabulli, 60 kilometer di timur Tripoli, Libya, dan kesemua pelarian dihantar ke Jabatan Pencegahan Migran Haram.

    Menurut Angkatan Laut Libya, seramai 16,000 pendatang haram diselamatkan pada 2017.

    Sejak kejatuhan pihak berkuasa di Libya pada 2011, pantai barat laut negara itu menjadi hab bagi penghijrahan migran untuk ke Itali dan negara lain di Eropah.

    Libya merupakan pusat transit utama bagi pendatang Afrika untuk mencari akses ke Eropah, terutama Itali. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda