Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 sertai Larian Malam Brunei

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Ruzaini Mahadi muncul juara dalam kategori terbuka lelaki 10km Larian Malam Brunei Edisi Ramadan selepas mencatat masa 00:36:21 di sekitar Stadium Negara Hassanal Bolkiah baru-baru ini.

    Hafiz Hamzulani menduduki tempat kedua selepas mencatat masa 00:38:07, dengan Arikchely Ariyl Arikah Ariyl melengkapkan podium di tempat ketiga dengan masa 00:39:43.

    Sementara itu, Noorhanisah binti Haji Abdul Ghani memenangi tempat teratas dalam kategori 10km terbuka wanita selepas mencatat masa 00:47:58.

    Siaw Khim Tho mendapat tempat kedua dengan catatan masa 00:48:04 manakala Siti Nur Amirah mendapat tempat ketiga dalam masa 00:50:49.

    Lebih daripada100 peserta mendaftar dalam acara lelaki manakala hampir 80 pelari bertanding dalam acara wanita.

    Acara itu menyaksikan pelari berlari di sepanjang Jalan Menteri Besar dan Jalan Kebangsaan, melepasi bangunan Kedutaan Filipina dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohammad Rosfazillah bin Haji Yusly menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Gambar ramai pemenang terbuka lelaki 10km Larian Malam Brunei Edisi Ramadan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah baru-baru ini. – Gambar serahan Larian Malam Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda