Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 terbunuh rusuhan di penjara

    GUAYAQUIL, 30 SEPT – Lebih 100 terbunuh manakala 52 lagi cedera dalam pergaduhan di antara kumpulan banduan di penjara Ecuador, menurut pihak berkuasa penjara bandar ini dalam kenyataan di Twitter, semalam.

    Pihak berkuasa penjara berkata, tentera kini dikerah mengepung penjara terbabit yang menjadi antara tempat tahanan banduan paling padat di negara itu. Tentera dan kereta perisai mengawal penjara terbabit semalam selain anggota polis berkuda turut membuat kawalan ketika berdepan ahli keluarga banduan yang berhimpun di luar kompleks tahanan.

    Keganasan yang tercetus pada Selasa lalu adalah siri baharu pertempuran berdarah di penjara yang meragut 180 nyawa banduan di Ecuador setakat tahun ini. Banduan dikatakan ‘bertempur’ sesama sendiri menggunakan senjata api dan bom tangan pada Selasa lalu, dipercayai mereka mempunyai rangkaian dengan kumpulan dadah di Mexico terutama Sinaloa dan kartel Jalisco New Generation.

    Sekurang-kurangnya enam banduan turut dipenggal kepala dalam rusuhan itu, kata pegawai pendakwa raya sambil mengesahkan dua pegawai polis cedera dalam operasi mengawal semula penjara terbabit. – AFP

    Tentera mengawal pintu masuk ke Penjara Litoral sehari selepas rusuhan di Guayaquil, Ecuador pada 29 September 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda