Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Lebih 100 wakil perniagaan di UK hadiri jerayawara CIIE ke-7

    LONDON, 21 JUN – Satu jerayawara untuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 telah diadakan di sini, kelmarin, dihadiri oleh lebih 100 wakil dari persatuan perniagaan British dan China, perusahaan serta organisasi media.

    CIIE merupakan acara utama yang dianjurkan oleh China untuk menyokong pelonggaran perdagangan dan globalisasi ekonomi, menunjukkan komitmen China untuk membuka pasarannya kepada dunia, kata Bao Ling, Menteri Urusan Ekonomi dan Perdagangan di Kedutaan China di United Kingdom, semasa acara tersebut.

    Ekonomi China dan United Kingdom (UK) adalah saling melengkapi dan terdapat potensi besar untuk kerjasama yang lebih erat, kata Bao, sambil menyeru perniagaan UK supaya merebut peluang di CIIE ke-7 untuk menembusi pasaran China.

    Acara itu bertujuan mengubah pasaran luas China kepada peluang pembangunan global, di mana acara CIIE ke-6 sebelumnya telah menarik penyertaan daripada lebih 180 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa, kata Presiden Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (Shanghai), Ning Feng.

    Perusahaan British sentiasa komited untuk menyertai CIIE. Hampir 50 syarikat UK, termasuk HSBC, Burberry, Rio Tinto dan Jaguar Land Rover menyertai ekspo tersebut setiap tahun, menurut Ning.

    Di samping acara promosi, Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan China-Britain, Lise Bertelsen berkata merangsang pembangunan ekonomi menjadi agenda utama untuk kedua-dua negara Britain dan China, dan adalah mustahak bagi ekonomi kedua dan keenam terbesar dunia itu untuk terus bekerjasama.

    “Acara seperti CIIE adalah peluang yang sangat baik untuk perniagaan UK baik yang sudah aktif di China mahupun yang baru memasuki pasaran,” kata Bertelsen. – Xinhua

    Ning bercakap semasa acara promosi untuk CIIE ke-7 di Sydney, Australia. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...