Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 1,000 bencana alam landa Brazil

    RIO DE JANEIRO, 24 JAN – Brazil dilanda lebih daripada tiga bencana alam sehari tahun lalu, melepasi jumlah tahunan 1,000 buat kali pertama dalam sejarah, menurut satu statistik yang dikeluarkan kelmarin di mana pakar-pakar berkata berpunca daripada perubahan iklim.

    Pusat Bencana Alam Kebangsaan (Cemaden) berkata ia telah merekodkan 1,161 bencana pada 2023, terutamanya banjir dan tanah susur, dengan kematian sekurang-kurangnya berjumlah 132 orang, lebih 9,000 cedera dan lebih 74,000 terpaksa meninggalkan rumah mereka.

    Ia merupakan jumlah bencana tertinggi di negara Amerika Selatan itu sejak rekod dimulakan pada 2011.

    Cemaden menilai jumlah kerugian lebih daripada AS$1 bilion, dalam kiraan yang dikeluarkan minggu lalu.

    “Perubahan iklim telah memberikan kesan langsung kepada peningkatan kekerapan dan intensiti bencana alam,” kata saintis iklim, Francisco Eliseu Aquino dari Universiti Persekutuan Rio Grande do Sul kepada AFP.

    Fenomena pemanasan El Nino di Lautan Atlantik hanya memburukkan lagi keadaan, katanya.

    Cuaca ekstrem Brazil tahun lalu termasuk taufan yang jarang berlaku di selatan negara itu yang mengorbankan lebih 50 orang pada September dan tanah susur di negeri Sao Paulo yang membunuh lebih daripada 60 orang pada Februari. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...