Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1,000 graduan diraikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan & Nurdiyanah R.

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Seramai 1,149 orang graduan terdiri daripada 43 graduan PhD, 268 graduan sarjana, 792 graduan sarjana muda dari kumpulan ke-11 program GenNEXT, serta 46 penerima diploma telah diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-35 Universiti Brunei Darussalam (UBD) di Dewan Canselor UBD, hari ini.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD telah berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan ijazah PhD dan sarjana muda kepada para graduan pada sebelah pagi.

     

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro-Canselor UBD, yang turut berkenan mengurniakan ijazah sarjana, diploma siswazah dan diploma kepada para graduan pada sebelah petang.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung bergambar ramai.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda