Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Lebih 1,000 jemaah haji meninggal di Arab Saudi

    RIYADH, 21 JUN – Angka kematian jemaah haji telah melebihi 1,000, menurut data yang dikumpulkan AFP kelmarin.

    Lebih separuh daripada jumlah berkenaan adalah jemaah tidak berdaftar yang menunaikan ibadah haji dalam keadaan cuaca panas melampau di Arab Saudi.

    Kematian baharu yang dilaporkan termasuk 58 jemaah dari Mesir.

    Menurut diplomat Arab Saudi yang memberikan butiran itu, 630 daripada 658 jumlah kematian daripada jemaah tidak berdaftar.

    Kira-kira 10 negara melaporkan 1,081 kematian semasa haji tahunan.

    Jemaah haji menggunakan payung untuk melindungi mereka daripada cahaya matahari ketika mereka tiba di Gunung Arafat, pada 15 Jun. – AFP

    Diplomat itu berkata punca utama kematian jemaah haji di Mesir adalah cuaca panas, yang mencetuskan komplikasi berkaitan tekanan darah tinggi dan isu lain.

    Pegawai Mesir sedang mengunjungi hospital untuk mendapatkan maklumat dan membantu jemaah Mesir mendapatkan rawatan perubatan, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan kelmarin.

    Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi telah mengarahkan ‘sel krisis’ yang diketuai oleh perdana menteri membuat susulan ke atas kematian jemaah haji negara itu.

    Sisi menegaskan ‘perlu adanya penyelarasan segera dengan pihak berkuasa Saudi untuk memudahkan penerimaan mayat dan mengemas kini proses,” kata kenyataan pejabatnya.

    Dua diplomat memberitahu AFP kelmarin bahawa pihak berkuasa Saudi telah memulakan proses pengebumian jemaah haji yang meninggal, membersihkan mayat dan meletakkan mereka dalam kain kapan dan membawa mereka untuk dikebumikan.

    Diplomat lain berkata memandangkan jumlah kematian, adalah mustahil untuk memaklumkan kepada banyak keluarga lebih awal, terutamanya di Mesir yang menyumbang kepada begitu ramai kematian. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...