Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lebih 1,000 kunjungi ekspo pendidikan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Lebih 1,000 orang pengunjung termasuk pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke institusi-institusi pengajian di Malaysia berpeluang mendapatkan penerangan dan maklumat mengenai keperluan, suasana pembelajaran dan program pengajian yang ditawarkan oleh institusi pengajian berkenaan semasa Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia 2025 yang berlangsung di Hotel Mulia, hari ini.

    Ekspo selama dua hari yang dianjurkan bersama oleh Rexpocentral Sdn Bhd (Malaysia) dam MEG Educational Services (Brunei) dengan sokongan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan pada hari pertama ekspo berkenaan.

    Ekspo yang menyaksikan kunjungan ratusan pelajar dan ibu bapa mereka bukan sahaja memberikan mereka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pilihan mereka di Malaysia tetapi ia juga sebagai laluan ke kerjaya masa hadapan yang lebih cerah bagi mereka.

    Ia mengetengahkan wakil-wakil dari universiti dan kolej yang unggul di Malaysia yang menawarkan pelbagai program untuk para pengunjung dalam pelbagai bidang.

    Hadir untuk menyaksikan dan mengunjungi petak-petak pameran universiti dan institusi yang menyertai ekspo berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam yang dilantik, Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini bin Atan.

    Sebanyak 24 buah institusi berprestij menyertai ekspo berkenaan.

    Salah seorang pengunjung ke ekspo berkenaan dari Kuala Belait, Dayang Amira Saleh binti Awang Yusof mengongsi keterujaannya mengunjungi ekspo di mana ia memberikannya peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil-wakil universiti serta mendapatkan pencerahan mengenai laluan pendidikannya.

    Beliau menyatakan penerangan yang diberikan adalah amat berguna baginya dan beliau telah mendaftar mengikuti pengajian ijazah undang-undang di Brickfields Asra College.

    Di samping itu, Dayang Amira juga amat gembira menerima tiket penerbangan percuma, iaitu tawaran istimewa yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendaftar semasa ekspo berkenaan.

    Suasana semasa Ekspo Pendidikan Yes2Malaysia 2025 kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara pelajar dan ibu bapa bergambar di salah satu petak pendidikan semasa ekspo berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Kata Kunci

    Popular

    Dunia

    Sidang kemuncak G20 seru perkukuh multilateralisme

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Newcastle hampakan City

    Berita Berkaitan

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    Sidang kemuncak G20 seru perkukuh multilateralisme

    JOHANNESBURG, 23 NOV - Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20)...

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    SELANGOR - Kelas lukisan berus Cina selama empat jam...