Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1,000 migran tiba di UK dengan bot

    LONDON, 23 JUN – Lebih 1,000 migran tiba di United Kingdom (UK) dalam tempoh dua hari selepas menyeberangi Selat Inggeris dengan menaiki bot kecil, menurut angka Kementerian Dalam Negeri, lapor PA Media/dpa.

    Statistik Kementerian Dalam Negeri menunjukkan 437 orang melakukan penyeberangan pada Jumaat, 20 Jun, menggunakan tujuh bot, manakala pada Sabtu lalu, seramai 583 lagi menyeberangi menggunakan lapan bot, menjadikan jumlah keseluruhan untuk dua hari itu seramai 1,020 orang.

    Jumlah mingguan setakat ini meningkat kepada 2,083, sementara jumlah keseluruhan untuk tahun ini ialah 18,400 orang berbanding 12,644 pada tarikh sama pada 2024, 10,601 pada 2023 dan 11,739 pada 2022. Ketibaan terbaharu ini berlaku meskipun pihak berkuasa Perancis dilihat mengambil pendekatan lebih tegas di pantai mereka. – Bernama

    Para migran duduk di sebuah pantai di Dungeness, selepas diselamatkan ketika menyeberangi Selat Inggeris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda