Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1,000 murid ikuti program STEM Catalyst

    KUCHING, 6 DIS – Lebih 1,000 murid mengambil bahagian dalam Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Catalyst (Sistem Hidrogen dan Digital) yang bertujuan mendidik, memberi inspirasi dan meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEM.

    Penganjur program Sarawak Skills dalam kenyataan memaklumkan program yang berlangsung dari 3 hingga 6 Disember itu melibatkan murid di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merdang, Samarahan, SK Serian dan SK St Luke, Sri Aman.

    Menurut Sarawak Skills, program anjuran bersama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak itu bertujuan mencetuskan rasa ingin tahu, inovasi dan kerjasama dalam kalangan minda muda, khususnya membabitkan bidang teknologi hidrogen dan sistem digital.

    “Edisi pertama program ini memberi tumpuan kepada masa depan hidrogen melalui sistem digital. Ia meneroka penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta menggunakan Raspberry Pi sebagai asas untuk menunjukkan integrasi siber fizikal dalam penjanaan dan aplikasi hidrogen,” katanya.

    Pada majlis penutupan program hari ini, Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri berkata beliau kagum dengan penglibatan murid dalam program itu selain menekankan kuasa STEM untuk membentuk masa depan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda