ROM, 25 APRIL – Dengan kembalinya laut yang tenang, penyeludup migran melancarkan puluhan bot dari Tunisia pada hujung minggu dan kira-kira 1,200 orang berakhir di sebuah pulau kecil Itali manakala beberapa dilaporkan hilang di laut, kata Pengawal Pantai Itali, kelmarin.
Pegawai pengawal pantai mengatakan dalam satu kenyataan bahawa mereka bertindak balas terhadap 35 bot yang telah meninggalkan Tunisia, tiga daripadanya mengalami musibah.
Dalam satu nahas kapal kira-kira 20 batu nautika di luar pulau Lampedusa, pengawal pantai dan kapal polis sempadan berkata tiga pendatang hilang.
Dalam kejadian kedua, di kawasan mencari dan menyelamat Malta, mangsa yang terselamat mengatakan kira-kira 20 orang hilang, manakala dalam nahas ketiga, juga di kawasan menyelamat Malta, penyelamat Itali menemui mayat seorang lelaki, kata Pengawal Pantai. – AP


