Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1,000 penduduk Kanada dipindah akibat kebakaran hutan

    MONTREAL, 3 SEPT – Lebih 1,000 penduduk di kawasan utara Kanada yang luas dan terpencil diarahkan berpindah berikutan kebakaran hutan yang sedang marak di wilayah yang dilanda kemarau.

    Kanada kini mengalami musim kebakaran kedua terburuk, apabila 8.3 juta hektar hutan di sebuah kawasan sebesar Austria telah musnah dijilat api setakat ini.

    Kebakaran tersebut kini mengancam bandar Fort Providence dan Whati di Northwest Territories, mencetuskan pemindahan pertama tahun ini di kawasan luas itu, termasuk tanah besar dan pulau besar yang merentasi Bulatan Artik.

    Musim kebakaran lebih panjang daripada biasa sejak 2022, kata Mike Westwick, pengurus pencegahan dan pengurangan kebakaran hutan wilayah tersebut.

    “Ia memberi tekanan dari segi mental kepada orang ramai dan juga memberi tekanan secara fizikal kepada pekerja serta mereka yang mungkin perlu berpindah dan berjauhan dari rumah,” katanya kepada AFP.

    Ribuan kebakaran hutan telah berlaku di seluruh Kanada sejak musim bunga. Lebih 650 kebakaran masih aktif dan lebih 100 daripadanya tidak terkawal, menurut data rasmi yang dikeluarkan kelmarin.

    Kanada semakin terdedah kepada kejadian cuaca ekstrem, dengan para saintis mendapati kawasan utara lebih cepat panas berbanding kawasan dunia lain.

    Namun, 2023 kekal sebagai tahun kebakaran terburuk dalam rekod Kanada, apabila hampir 18 juta hektar hutan musnah terbakar. – AP

    Sebuah garaj musnah dalam kebakaran hutan di komuniti Chinese Camp, Tuolumne County, California, pada 2 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda