Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1,000 sokong Larian Reintegrasi

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Lebih 1,000 orang peserta termasuk 40 orang rakan seliaan (bekas banduan) bersama 40 orang ahli keluarga mereka menyertai Larian Reintegrasi yang diadakan buat julung kalinya di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, pagi tadi.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berkata, larian berkenaan diharap dapat ?meningkatkan ?penerimaan ?dan ?kesediaan ?masyarakat ?untuk ?memberikan ?peluang ?kedua ?kepada ?rakan seliaan ?dalam ?kehidupan mereka.

    “Ia juga diadakan bagi memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat agar berganding bahu membantu program pengintegrasian rakan seliaan ini ke dalam keluarga dan masyarakat,” kata Yang Berhormat Pehin ketika berucap pada acara sempena Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Penjara ke-63 tahun itu.

    Larian dengan tema ‘Menyusur Jalan Pulang’ itu antara lain diadakan untuk membantu rakan-rakan seliaan menangani dan menghadapi masalah stigma sosial apabila berhadapan dengan masyarakat.

    Tema berkenaan juga menyeru rakan seliaan agar kembali ke pangkal jalan dengan bertaubat dan berazam untuk menjadi anggota masyarakat yang baik dan berguna serta mematuhi peraturan negara.

    Yang Berhormat Pehin menulis kata-kata harapan dan motivasi pada kain rentang yang disediakan.
    Yang Berhormat Pehin menulis kata-kata harapan dan motivasi pada kain rentang yang disediakan.
    Gambar ramai bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa Larian Reintegrasi di ibu negara, semalam.
    Gambar ramai bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa Larian Reintegrasi di ibu negara, semalam.

    Yang Berhormat Pehin menyaksikan pameran yang turut diadakan.
    Yang Berhormat Pehin menyaksikan pameran yang turut diadakan.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyertai senaman memanaskan badan sebelum acara larian bermula.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyertai senaman memanaskan badan sebelum acara larian bermula.

    Dengan adanya acara seumpama itu, lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakan seliaan, keluarga, rakan-rakan berkepentingan Jabatan Penjara, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta pihak swasta akan dapat memberikan sokongan.

    “Proses ini akan memberikan peluang kedua kepada mereka agar dapat berfungsi dengan lebih baik dan turut serta dalam merealisasikan hasrat negara mencapai Wawasan Brunei 2035 dan menjadikan negara ini harmoni dan sejahtera,” ujar Yang Berhormat Pehin.

    Sempena acara berkenaan, beberapa aktiviti juga telah dirancang oleh Jabatan Penjara seperti pameran dan permainan sukan yang dikendalikan oleh Institusi Penjara Jerudong, Penjara Maraburong, Penjara Wanita serta rakan-rakan seliaan.

    Selain itu, orang ramai juga boleh memberikan kata-kata motivasi dan pengharapan kepada penghuni penjara melalui penulisan pada kain rentang yang disediakan.

    Larian berkenaan dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu 12km Lelaki dan Wanita, 5km Veteran Lelaki dan Wanita, 5km Terbuka Lelaki dan Wanita dan 3km Fun Run Lelaki dan Wanita.

    Larian 5km Terbuka Wanita dimenangi oleh Dayang Nikmatul Fatinah binti Haji Awang Ismail, tempat kedua Pengiran Rohayaty binti Pengiran DP Mohd Yassin dan tempat ketiga Angela Lew Li Ling.

    Tempat pertama bagi Kategori 5km Terbuka Lelaki dimenangi oleh David Patton, manakala itu, Awang Aziz Imaadi selaku naib juara dan tempat ketiga Awang Mohd Zulfadhli Esa.

    Kategori 5km Veteran Lelaki pula dijuarai oleh Awang Suhaili bin Haji Nayan, tempat kedua Awang Salim bin Haji Dollah dan tempat ketiga Awang Adaus bin Umar. Bagi Kategori 5km Veteran Wanita, Airince Liam menduduki tempat pertama, Cecilia Maksimon di tempat kedua dan Dayang Siti Fatimah tempat ketiga.

    Manakala itu, juara acara 12km Terbuka Lelaki ialah Awang Sefli Ahar, Awang Shahrizal bin Uni muncul naib juara dan tempat ketiga Awang Abdul Malik bin Awang Hidup. Bagi Kategori 12km Wanita, Dayang Marine Ahmad muncul juara diikuti Yuette Kortekaas di tempat kedua dan Dawn Lovell di tempat ketiga.

    Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin POKSS DP Haji Mohammad Yusof.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda