Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 10,000 penduduk Gaza terkorban dalam sebulan

    GAZA CITY, 7 NOV – Angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel  ke atas Gaza kini melebihi 10,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada kelmarin.

    Dalam satu sidang media, Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain.

    Beliau berkata jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita.

    Kementerian Kesihatan turut menerima laporan sejumlah kira-kira 2,350 lagi hilang, termasuk kira-kira 1,300 kanak-kanak.

    Pesawat pejuang Israel turut menyasarkan tiga hospital di Gaza City, termasuk hospital mata, hospital psikiatri dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi, mengorbankan lapan penduduk Palestin dan mencederakan 125 yang lain.

    Selain jumlah korban yang ramai dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat kepungan rejim Israel.

    Sementara itu, Agensi Berita WAFA melaporkan bahawa jumlah kematian di Tebing Barat meningkat kepada 155 orang dan kira-kira 2,250 lagi cedera sejak 7 Okt. – Bernama

    Rakyat Palestin mengebumikan mayat saudara mereka, yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza, pada 23 Oktober 2023, di sebuah tanah perkuburan di Deir Al-Balah, Gaza. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda