Friday, April 11, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100,000 bantah sekatan COVID-19

    PARIS, 25 JULAI – Lebih 100,000 orang menyertai tunjuk perasaan besar-besaran di Australia, Perancis, Itali dan Greece semalam, bagi membantah pelaksanaan langkah mengekang penularan COVID-19.

    Dalam insiden yang turut mencetuskan pertempuran dengan polis itu, penunjuk perasaan juga melaungkan bantahan terhadap sekatan dikenakan kerajaan ke atas golongan tidak divaksin yang bertujuan mendorong lebih ramai mendapatkan suntikan imunisasi berkenaan.

    Demonstrasi itu menyerlahkan konflik dihadapi penduduk global yang tersepit antara nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kesihatan awam lain dalam usaha memerangi COVID-19, dengan keperluan sara hidup – atau untuk kembali kepada kehidupan sediakala seperti sebelum pandemik.

    Puluhan penunjuk perasaan ditahan di Sydney, dengan Menteri Polis di bandar itu menyifatkan peserta demonstrasi terbabit sebagai ‘bodoh’.

    Di Perancis pula, polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap sebilangan penunjuk perasaan.

    Dianggarkan kira-kira 160,000 orang turun ke jalanan seluruh Perancis untuk membantah tindakan Presiden Emmanuel Macron berhubung pas kesihatan yang bakal mengekang golongan tidak divaksin daripada mengakses restoran dan tempat awam.

    Dalam pada itu, kira-kira 5,000 penduduk mengadakan tunjuk perasaan di Athens, menurut wartawan AFP di lokasi kejadian. – AFP

    Ribuan pembantah berkumpul di PlaceTrocadero berhampiran EiffelTower untuk menghadiri tunjuk perasaan di Paris, Perancis pada 24 Julai 2021 terhadap pas COVID-19 yang memberikan individu yang sudah divaksin lebih akses kepada tempat awam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda