Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100,000 pelajar daftar persekolahan di Gaza

    HAMILTON, 28 FEB – Lebih 100,000 pelajar mendaftar di sekolah-sekolah di seluruh Semenanjung Gaza sejak permulaan tahun akademik baharu pada 23 Februari, lapor agensi Anadolu yang memetik kenyataan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

    “Sehingga semalam, lebih 100,000 pelajar mendaftar di sekolah selepas tahun akademik baharu bermula pada 23 Februari,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric, dalam satu sidang media. Beliau menjelaskan bahawa sehingga kini, sebanyak 165 sekolah awam dibuka semula di Gaza.

    “Bagi kebanyakan pelajar, ini merupakan kali pertama mereka kembali mengikuti pembelajaran secara bersemuka dalam tempoh 16 bulan,” katanya. Menurut angka rasmi Palestin, 85 peratus sekolah di Gaza tidak lagi berope-rasi akibat serangan udara Israel.

    Pejabat Media Gaza pula melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12,800 pelajar serta 800 guru dan kakitangan pentadbiran terbunuh sejak perang tercetus pada Oktober 2023.

    Sebanyak 1,166 institusi pendidikan turut musnah, dengan kerugian dianggarkan melebihi AS$2 bilion.

    Dujarric turut menyifatkan keadaan di Tebing Barat yang diduduki sebagai ‘amat membimbangkan,’ sambil menegaskan bahawa operasi ketenteraan Israel di Jenin, Tulkarm dan Tubas telah menyebabkan lebih banyak korban dan pemindahan penduduk serta menyukarkan akses kepada perkhidmatan kritikal seperti kesihatan, air dan elektrik. – Bernama

    Kanak-kanak bermain di atas runtuhan bangunan yang musnah di Jabalia, utara Semenanjung Gaza, pada 27 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda