STUTTGART, JERMAN, 31 JULAI – Dalam enam bulan pertama 2020, Porsche telah membekalkan sejumlah 116,964 kereta kepada pelanggan di seluruh dunia, menurun berbanding tahun sebelumnya.
Krisis koronavirus dan akibat penutupan pusat-pusat Porsche dalam tempoh beberapa minggu telah menyebabkan penurunan sebanyak 12 peratus, menurut kenyataan yang dikeluarkan Porsche.
Kenyataan menjelaskan, Cayenne adalah model paling popular dengan sejumlah 39,245 penghantaran sementara itu, seba-nyak 34,430 unit model Macan telah dibekalkan kepada pelanggan.
Dengan 16,919 penghantaran dan peningkatan sebanyak 2 peratus berbanding 2019, kereta sport 911 yang ikonik terus popular. Begitu juga dengan model Taycan yang terus diterima ramai dengan penghantaran sebanyak 4,480 unit pada separuh pertama tahun ini dalam konteks pelancaran pasaran yang mengejutkan.
Dari segi rantau, trend yang agak positif dapat dilihat dalam pasaran Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah.
Kenyataan menyatakan, di rantau-rantau berkenaan, Porsche telah membekalkan sejumlah 55,550 kereta kepada pelanggan pada separuh pertama 2020.
Dengan 39,603 penghantaran, China kekal sebagai pasaran tunggal terbesar dari segi jumlah. Di samping itu, Korea dan Jepun adalah pasaran kuat di rantau ini dengan jualan sebanyak 4,242 dan 3,675 unit masing-masing, setiap negara menunjukkan purata pertumbuhan dua digit berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, sebanyak 32,312 telah dihantar kepada pelanggan Eropah dan di Amerika Syarikat, Porsche membekalkan 24,186 kereta antara Januari dan Jun.
