Wednesday, February 19, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 11,000 jumlah kematian akibat banjir di Libya

    BENGHAZI, 17 SEPT – Jumlah kematian ekoran banjir besar di Libya meningkat kepada kira-kira 11,300 dan bandar Darna dilaporkan paling terjejas teruk, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor dpa. 

    OCHA berkata 10,100 lagi masih hilang di Derna, manakala dianggarkan 170 orang lagi terbunuh di beberapa kawasan lain di timur Libya.

    “Jumlah korban dijangka meningkat memandangkan misi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan,” kata OCHA.

    Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hampir 4,000 orang yang terkorban dalam banjir itu telah dikenal pasti.

    Ribut kuat Daniel melanda Libya pada  Ahad, 10 September selepas membadai Greece, Bulgaria dan Turki. 

    Dua empangan di pergunungan di pelabuhan Derna pecah, menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air. – Bernama

    Dua lelaki berpelukan ketika orang ramai mencari mangsa yang terselamat di bandar banjir Derna, Libya. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda