Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 12,000 tinggal dalam khemah selepas gempa di China

    UCHTURPAN, 24 JAN – Ketika gempa susulan terus menggegarkan barat China hari ini, lebih 12,000 orang kini tinggal dalam khemah dan tempat perlindungan yang lebih kukuh, menggunakan api unggun untuk menahan cuaca yang sangat sejuk.

    Sehari sebelumnya, gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter di kawasan terpencil di wilayah Xinjiang China mengorbankan tiga orang dan menyebabkan lima cedera, manakala ratusan bangunan rosak.

    Walaupun gempa bumi itu menyebabkan kerosakan yang ketara, kesan ke atas nyawa dan harta benda adalah tidak membimbangkan, disebabkan jumlah penduduk yang tidak padat dan usaha dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk meningkatkan daya tahan perumahan di sekitar pusat gempa di Uchturpan, berhampiran sempadan dengan Kyrgyzstan.

    Rakaman yang ditunjukkan oleh penyiar negeri, CCTV hari ini menunjukkan mangsa yang dipindahkan sedang makan mi segera di dalam khemah, sambil menggunakan api unggun untuk memanaskan badan.

    Jian Gewa, seorang pelajar berusia 16 tahun di Uchturpan, berkata dia berada di dalam bilik air ketika gempa bermula dan seluruh bangunan bergegar dengan kuat.

    “Saya hanya fikir saya perlu menyelamatkan diri secepat mungkin,” kata Jian.

    Dia dipindahkan ke sekolah tempat dia tinggal di bilik asrama bersama datuknya dan kira-kira 200 yang lain. Pegawai tempatan berkata mereka merancang untuk memeriksa kestabilan rumah sebelum membenarkan penduduk kembali. – AP

    Para penduduk yang hilang tempat tinggal selepas gempa tiba di asrama sekolah, tempat perlindungan sementara di wilayah Xinjiang barat China. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...