Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 120,000 penduduk Myanmar jadi pelarian domestik sejak Februari

    KUALA LUMPUR, 30 MEI – Lebih 120,900 penduduk di Myanmar terpaksa menjadi pelarian di tanah air sendiri di tengah konflik yang semakin meruncing antara tentera Myanmar dan kumpulan etnik bersenjata, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

    Pertempuran di Kachin, Kayin, utara Shan, Chin dan Kayah, menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri selepas tentera menggulingkan kerajaan sejak Februari lalu.

    Agensi Anadolu melaporkan sekurang-kurangnya 85,900 penduduk di tenggara Myanmar menjadi pelarian domestik, 15,000 di utara Shan utara dan 20,000 lagi di Kachin dan Chin.

    Ribuan orang amat memerlukan bantuan kemanusiaan termasuk ubat-ubatan, alat pertolongan cemas, tempat berlindung, makanan dan peralatan kebersihan serta sanitasi.

    Sementara itu sekurang-kurangnya 75 orang hilang di Myanmar sejak rampasan kuasa, menurut sebuah kumpulan pemantau tempatan, lapor Anadolu.

    “Insiden orang hilang berlaku sejak awal kudeta apabila tentera bertindak kejam terhadap orang awam, mereka dibunuh dan diseksa dan mayat mereka dilenyapkan. – Bernama

    Gambar bertarikh 21 Mei menunjukkan komuniti Myanmar berbaris untuk menerima satu beg beras di Yangon. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda