Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 150 dijangka sertai Pertandingan Memancing Antarabangsa Semadang

    KUCHING, 31 Julai– Edisi keempat pertandingan memancing sempena Pesta Tagang Antarabangsa Semadang ke-4, yang akan diadakan September ini, dijangka mampu menarik lebih 150 peserta terdiri daripada pemancing tempatan dan antarabangsa.

    Penyelaras pertandingan, Krisnam Louis Sebod berkata pertandingan memancing itu akan diadakan pada 1 Sept di Sungai Semadang di Kampung Semadang, Borneo Heights, kira-kira 40km dari bandar raya ini.

    Beliau berkata pertandingan dibahagi kepada tiga kategori, iaitu tangkapan paling cepat, paling besar dan paling banyak (mengikut jumlah berat kesemua tangkapan). Katanya bagi kategori tangkapan paling cepat, pemenang akan membawa pulang wang tunai RM100 berserta piala, manakala pemenang kategori tangkapan paling berat pula membawa pulang  wang tunai RM100 berserta piala.

    “Juara kategori tangkapan paling banyak pula akan membawa pulang wang tunai  RM500 berserta piala, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM300 dan RM200 berserta piala. Selain itu, penganjur turut menyediakan tujuh hadiah sagu hati bernilai RM50 setiap satu,” kata Krisnam.

    Krisnam berkata yuran pendaftaran ditetapkan sebanyak RM20 untuk penggunaan sebatang joran dan dua mata pancing dan hendaklah dibayar tunai. – Berama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda