Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri telah memasuki minggu ketiga, kemeriahannya masih dirasai di seluruh negara. Rumah terbuka, ziarah-menziarahi serta juadah tradisional yang tersaji menjadi bukti bahawa semangat lebaran masih membara dalam kalangan rakyat Brunei. Suasana Aidilfitri masih hidup dengan gelak ketawa sanak saudara serta jiran tetangga

