Saturday, February 1, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1,500 bendera kecil diagih

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Lebih kurang 1,500 bendera kecil meja telah diagihkan kepada peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar yang akan terlibat dalam Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40.

    Pengagihan bendera kecil meja dan program semarak pengibaran bendera kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, pusat tingkatan enam, sekolah Arab dan institusi pengajian tinggi, hari ini, diadakan secara serentak di keempat-empat daerah dan tumpuan utama di Sekolah Rendah Rataie, Temburong.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis itu, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan turut dihadiri oleh setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Majlis yang sama juga diadakan bagi Daerah Brunei dan Muara yang diadakan di Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan bendera kecil meja, Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Manakala di Daerah Belait telah diadakan di Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB) dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan, Profesor Dr Noor Azam bin Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman.

    Sementara itu, bagi Daerah Tutong, majlis yang sama juga diadakan di Dewan Serba Guna Mahad Islam Brunei, Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan bendera kecil meja, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Majlis berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, KHEU dan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyampaikan bendera kecil kepada salah seorang murid Sekolah Rendah Rataie, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Suasana majlis pengagihan bendera yang diadakan di UTB. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda